Thursday, September 2, 2010

Renungan: Surah al-Baqarah, Ayat 186


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah al-Baqarah: 186)

Ayat yang menyejukkan hati. Menjawab persoalan mereka-mereka yang merasakan Allah jauh daripada mereka. Kita takuti. Bukan Allah meninggalkan kita. Tetapi kita yang meninggalkan Allah. Maksiat dan dosa menjadikan kita jauh daripadaNya.

Kadangkala ada dikalangan kita, menyalahkan Allah yang tidak mengabulkan doa. Namun, adakah kita menyahut seruannya. Bagaimana si hamba yang diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan. boleh menyalahkan tuannya atas atas permintaan yang mungkin tuannya merasakan tidak mendatangkan manfaat langsung kepada dirinya? Adakah permintaan hamba itu akan dipenuhi jika dia tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya?

Saya insaf. Betapa diri ini kadangkala lebih banyak meminta daripada menyahut seruan Allah dan RasulNya. Kelemahan diri ini banyak sekali. Moga Allah ampunkan saya. Saya mahu menjadi hamba yang beriman agar saya dapat menjadi baik serta betul.

*Penulisan ini tidak berdasarkan tafsiran al-Qur'an. Tetapi lebih merupakan renungan saya ke atas ayat-ayat Allah ini. Jika ada apa yang dirasakan tidak betul. Saya terbuka kepada teguran.

Wednesday, September 1, 2010

Epal


Saya melihat perkataan epal. Saya teringat pesanan Bro Engku Fauzi.

"Apakah yang terdapat di dalam epal."
Saya menjawab,"Biji Epal."
Beliau bertanya lagi,"Apakah yang ada di dalam biji epal."
Saya cuma termanggu-manggu.
Beliau memberi pencerahan,
"Di dalam biji epal ada beribu-ribu epal."

Pada hari itu saya belajar apa itu yang dinamakan potensi.
Sama ada membiarkan biji epal itu terbiar atau meletakkannya di tanah yang sesuai dan menyiramnya agar bercambah.

Persedian Perkongsian 7 Habits


Persediaan sebelum sesi Coaching 7 Habits.
Coaching 7 Habits adalah salah satu kaedah bagi memahamkan lagi saya berkenaan 7 Tabiat Orang yang Berkesan.
Kaedah belajar terbaik melalui mengajar.

Big Rocks



Big Rocks - Perkara yang Segera dan Penting atau Tidak segera dan Penting. Jika perkara ini dapat dijadikan tabiat untuk diselesaikan. Tiada lagi isu last minute.

Namun, ia bukan sesuatu yang mudah. Saya kadang-kadang berjaya dan kadangkala gagal. Tetapkan dalam minda. Kita ingin berubah walaupun beribu kegagalan kita
terpaksa hadapi.

Saya belajar...

Saya belajar dari artikel Psychology Today.
Mengenai pengalaman pertama.
Betapa pengalaman pertama dalam hidup kita menjadi perkara yang akan kekal sebagai ingatan terkuat.
Jika unsur pembelajaran dapat dimasukkan unsur pengalaman pertama, suatu pembelajaran itu akan menjadi memori yang paling diingati.


Saya belajar...

Mengucapkan kata-kata untuk memotivasikan orang lain tidak mencukupi. Mereka harus dibantu sama ada dengan menunjukkan jalan atau mengajarkan skill yang berguna. Agar motivasi itu terbit sendiri daripada dalam diri mereka.

Saya mahu...

Jika setiap hari dapat belajar sesuatu daripada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi.

Saya insaf...

Pada zaman ini, pengadu domba datang dalam pelbagai bentuk.
Jika anda tidak dapat memastikan sumber sesuatu perkara.
Jangan sebark-sebarkan.
Kalau anda benci kepada sesiapa pun.
Jangan mudah melatah jika suatu keburukan dikatakan dilakukan orang yang anda benci itu.
Berlaku adillah walau dengan musuh anda sendiri.
Saya pernah menjadi orang sebegini.
Moga Allah maafkan kesilapan saya dahulu.