Thursday, September 2, 2010

Renungan: Surah al-Baqarah, Ayat 186


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah al-Baqarah: 186)

Ayat yang menyejukkan hati. Menjawab persoalan mereka-mereka yang merasakan Allah jauh daripada mereka. Kita takuti. Bukan Allah meninggalkan kita. Tetapi kita yang meninggalkan Allah. Maksiat dan dosa menjadikan kita jauh daripadaNya.

Kadangkala ada dikalangan kita, menyalahkan Allah yang tidak mengabulkan doa. Namun, adakah kita menyahut seruannya. Bagaimana si hamba yang diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan. boleh menyalahkan tuannya atas atas permintaan yang mungkin tuannya merasakan tidak mendatangkan manfaat langsung kepada dirinya? Adakah permintaan hamba itu akan dipenuhi jika dia tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya?

Saya insaf. Betapa diri ini kadangkala lebih banyak meminta daripada menyahut seruan Allah dan RasulNya. Kelemahan diri ini banyak sekali. Moga Allah ampunkan saya. Saya mahu menjadi hamba yang beriman agar saya dapat menjadi baik serta betul.

*Penulisan ini tidak berdasarkan tafsiran al-Qur'an. Tetapi lebih merupakan renungan saya ke atas ayat-ayat Allah ini. Jika ada apa yang dirasakan tidak betul. Saya terbuka kepada teguran.

No comments:

Post a Comment