Monday, February 8, 2010

Anekdot Mualaf

Cerita 1

Pada suatu hari kami menguruskan seorang lelaki dari China yang baharu masuk Islam. Dia mahu menjadi seorang yang taat kepada agama terutama berkaitan solat. Kami berpesan kepadanya agar sentiasa pastikan solat 5 kali sehari di surau berhadapan dengan rumahnya.

Beberapa hari kemudian, kami mendapat panggilan telefon;

Ma: Encik, saya nak tanya satu perkara?

Bro Z: Apa dia?

Ma: Hari itu awak pesan setiap masa saya kena pergi ke surau depan rumah saya untuk belajar solat

Bro Z: Betul, ada masalah apa-apa?

Ma: Masa saya pergi nak solat Zuhur di surau itu jumaat lepas kenapa tiada orang?

Bro Z: Semua orang tidak solatkah pada hari tu?


Kami berpandangan sambil tersengih. Lupa pula maklumkan yang hari jumaat kena solat jumaat di Masjid.

Moral: Apabila membimbing mualaf bimbing sampai habis. Jangan cerita sekerat-sekerat sahaja.


Cerita 2

Ahmad Chan (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta di sebuah kawasan perumahan. Waktu telah masuk Zuhur tetapi dia masih tidak berjumpa surau. Tiba-tiba ternampak kelibat seorang lelaki sedang menyiram bunga.

Ahmad Chan: Assalamualaikum Encik.

Lelaki: Jangan main-main dengan salam tau.

Ahmad Chan: Saya Islam Encik.

Lelaki: Oh, dah masuk melayu rupanya. Waalaikumussalam. Ada apa-apa saya boleh bantu?

Ahmad Chan: Waktu hampir Zuhur. Saya sedang mencari surau. Di mana surau terdekat?

Lelaki: Surau tidak jauh dari sini. Terus lagi ke depan masuk simpang pertama sebelah kiri. Surau tidak jauh dari situ.Nanti bila solat, jangan main-main. Solat betul-betul. Kena khusyuk. Masuk Islam bukan main-main.

Ahmad Chan: Terima kasih banyak-banyak encik atas nasihat. Mari kita pergi sekali encik.

Lelaki: Saya uzur hari ini. Tidak boleh solat.

Ahmad Chan: Kesiannya. (Tersengih)

Moral: Malulah kepada saudara baru yang lebih baik praktis Islamnya.

No comments:

Post a Comment