Thursday, September 2, 2010

Renungan: Surah al-Baqarah, Ayat 186


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah al-Baqarah: 186)

Ayat yang menyejukkan hati. Menjawab persoalan mereka-mereka yang merasakan Allah jauh daripada mereka. Kita takuti. Bukan Allah meninggalkan kita. Tetapi kita yang meninggalkan Allah. Maksiat dan dosa menjadikan kita jauh daripadaNya.

Kadangkala ada dikalangan kita, menyalahkan Allah yang tidak mengabulkan doa. Namun, adakah kita menyahut seruannya. Bagaimana si hamba yang diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan. boleh menyalahkan tuannya atas atas permintaan yang mungkin tuannya merasakan tidak mendatangkan manfaat langsung kepada dirinya? Adakah permintaan hamba itu akan dipenuhi jika dia tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya?

Saya insaf. Betapa diri ini kadangkala lebih banyak meminta daripada menyahut seruan Allah dan RasulNya. Kelemahan diri ini banyak sekali. Moga Allah ampunkan saya. Saya mahu menjadi hamba yang beriman agar saya dapat menjadi baik serta betul.

*Penulisan ini tidak berdasarkan tafsiran al-Qur'an. Tetapi lebih merupakan renungan saya ke atas ayat-ayat Allah ini. Jika ada apa yang dirasakan tidak betul. Saya terbuka kepada teguran.

Wednesday, September 1, 2010

Epal


Saya melihat perkataan epal. Saya teringat pesanan Bro Engku Fauzi.

"Apakah yang terdapat di dalam epal."
Saya menjawab,"Biji Epal."
Beliau bertanya lagi,"Apakah yang ada di dalam biji epal."
Saya cuma termanggu-manggu.
Beliau memberi pencerahan,
"Di dalam biji epal ada beribu-ribu epal."

Pada hari itu saya belajar apa itu yang dinamakan potensi.
Sama ada membiarkan biji epal itu terbiar atau meletakkannya di tanah yang sesuai dan menyiramnya agar bercambah.

Persedian Perkongsian 7 Habits


Persediaan sebelum sesi Coaching 7 Habits.
Coaching 7 Habits adalah salah satu kaedah bagi memahamkan lagi saya berkenaan 7 Tabiat Orang yang Berkesan.
Kaedah belajar terbaik melalui mengajar.

Big Rocks



Big Rocks - Perkara yang Segera dan Penting atau Tidak segera dan Penting. Jika perkara ini dapat dijadikan tabiat untuk diselesaikan. Tiada lagi isu last minute.

Namun, ia bukan sesuatu yang mudah. Saya kadang-kadang berjaya dan kadangkala gagal. Tetapkan dalam minda. Kita ingin berubah walaupun beribu kegagalan kita
terpaksa hadapi.

Saya belajar...

Saya belajar dari artikel Psychology Today.
Mengenai pengalaman pertama.
Betapa pengalaman pertama dalam hidup kita menjadi perkara yang akan kekal sebagai ingatan terkuat.
Jika unsur pembelajaran dapat dimasukkan unsur pengalaman pertama, suatu pembelajaran itu akan menjadi memori yang paling diingati.


Saya belajar...

Mengucapkan kata-kata untuk memotivasikan orang lain tidak mencukupi. Mereka harus dibantu sama ada dengan menunjukkan jalan atau mengajarkan skill yang berguna. Agar motivasi itu terbit sendiri daripada dalam diri mereka.

Saya mahu...

Jika setiap hari dapat belajar sesuatu daripada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi.

Saya insaf...

Pada zaman ini, pengadu domba datang dalam pelbagai bentuk.
Jika anda tidak dapat memastikan sumber sesuatu perkara.
Jangan sebark-sebarkan.
Kalau anda benci kepada sesiapa pun.
Jangan mudah melatah jika suatu keburukan dikatakan dilakukan orang yang anda benci itu.
Berlaku adillah walau dengan musuh anda sendiri.
Saya pernah menjadi orang sebegini.
Moga Allah maafkan kesilapan saya dahulu.

Thursday, July 29, 2010

Kem Emerging Leadership

Hari terakhir di Janda Baik memberi banyak kenangan. Lari daripada kesibukan kota yang menyesakkan kepala. Berkenalan dengan rakan-rakan sekerja PTS dengan lebih dalam dan menyedari individu membawa diri dengan cara berbeza.
Kepimpinan tidak semudah yang dikata atau dijangka. Ia lebih daripada itu. Menjadi pengurus yang baik tidak menjadikan diri akan menjadi pemimpin yang baik. Perlu dibezakan kerangka membuat perkara yang betul atau membuat perkara dengan betul.
Nukilan ringkas dari Janda Baik, Pahang.

Sunday, May 16, 2010

'Pemimpin dalam Diri'


Pagi sabtu di Bagan Datoh cukup mendamaikan. Isteri saya pagi-pagi lagi telah ke sekolah. Katanya, ada gotong-royong perdana seluruh sekolah di Malaysia. Kesian dia. Batuknya masih belum surut. Berkokok-kokok dari malam sehingga ke pagi. Saya bercita-cita menggunakan pagi itu sebaik mungkin, menghabiskan sebuah buku Stephen Covey bertajuk 'Leader In Me'. Hasil buah tangannya pada kali ini masih mengujakan. Bukan sebuah buku konsep atau How To. Tetapi lebih merupakan satu perkongsian pengalaman.

Saya tertarik membaca kisah beberapa buah sekolah yang berjaya menerapkan pengamalan 7 Habit's ke dalam pengurusan sekolah. Memang menarik apakah kesan menjadikan anak-anak kecil sebagai pemimpin. Melihat tubuh kecil itu mula memikul tanggungjawab dan memahami mengapa mereka perlu bertanggungjawab. Apabila mereka mula bertanggungjawab, memahami fungsi kepimpinan dan memimpin visi. Anak-anak inilah diharapkan memimpin visi kepimpinan masa depan.

Penerapan nilai ini, bukan berkaitan dengan pencapaian akademik semata-mata. Bahkan sahsiah dan nilai menjadi elemen penting dalam pembentukan diri mereka menjadi pemimpin. Tidak guna hanya hebat dari segi pencapaian akademik dan kepimpinan tetapi bankrup dari segi moral dan sahsiah.

Saya mencadangkan sempena Hari Guru ini, buat warga pendidik. Buku ini wajib menjadi buku bacaan anda. Agar anda sentiasa bermotivasi dan bersedia untuk menjadi 'ejen perubah masyarakat'.



Monday, March 8, 2010

INTERACTIVE DAAWAH TRAINING 1 (IDT 1)


Time:8:30AM Saturday, March 13th

Location:MASJID BUKIT INDAH, AMPANG


Lokasi: Masjid Bukit Indah,Ampang
Anjuran PERKIM AMPANG
Pendaftaran: Sis Nazihah (0126979182) dan Sis gee (016 2099 222)

HARI PERTAMA
1. Kewajipan Berdakwah
2. Sejarah Perkembangan Agama Kristian
3. Katolik dan Protestant
4. Kepercayaan dan perayaan Cina
5. Kepercayaan dan perayaan agama Hindu
6. Bible Study

HARI KEDUA
1. Salah T
anggapan terhadap agama Islam
2. Asas kepercayaan Agama Kristian
3. Memahami Cabaran Muallaf
4. Keaslian Quran
5. Q & A session

Bayaran:
RM 60 (untuk pelajar tanpa material ttp termasuk makan&minum)
RM 90 (utk dewasa yg bekerja tanpa material ttp termasuk mkn dan minum)
RM 120 (utk pelajar termasuk material, makan dan minum) RM 150 (untuk dewasa bekerja termasuk material,makan dan minum).

Peserta dibolehkan untuk upload sebarang input yg digunakan sepanjang IDT

Wednesday, February 17, 2010

Bicara Masa Depan & Harapan

RABU, 2010 FEBRUARI 10

Dalam perjalanan pulang usai bertemu Bro Faruqi dan Bro Taufik. Dua orang anak muda di hujung perjalanan mereka di kampus. Berbincang sekitar gerakan dakwah kotemporari. Kadang-kadang terkesima mendengar idea-idea dakwah dan cita-cita dakwah mereka. Hebat sungguh anak muda ini. Walaupun aku memperlekeh dan sekali sekala mengejek, masih nampak rileks je. Ehm, hasil tarbiyah Bro Firdaus katakan. Moga generasi aku dan mereka agresif dalam mencorak dakwah period baru.

----------
Sent from my Nokia Phone

Monday, February 8, 2010

Maaf atas kesibukan.

Alhamdulillah, jadual hidup kembali tersusun. Selama beberapa bulan blog ini bersawang dan tidak terusik. Akhirnya, penulisan Anekdot Mualaf kembali menemui. Sungguh pantas masa berlalu sehingga saya tidak sedar banyak perkara saya terlepas pandang. Moga tahun ini akan berubah, untuk kembali berkongsi apa yang boleh. 

Anekdot Mualaf

Cerita 1

Pada suatu hari kami menguruskan seorang lelaki dari China yang baharu masuk Islam. Dia mahu menjadi seorang yang taat kepada agama terutama berkaitan solat. Kami berpesan kepadanya agar sentiasa pastikan solat 5 kali sehari di surau berhadapan dengan rumahnya.

Beberapa hari kemudian, kami mendapat panggilan telefon;

Ma: Encik, saya nak tanya satu perkara?

Bro Z: Apa dia?

Ma: Hari itu awak pesan setiap masa saya kena pergi ke surau depan rumah saya untuk belajar solat

Bro Z: Betul, ada masalah apa-apa?

Ma: Masa saya pergi nak solat Zuhur di surau itu jumaat lepas kenapa tiada orang?

Bro Z: Semua orang tidak solatkah pada hari tu?


Kami berpandangan sambil tersengih. Lupa pula maklumkan yang hari jumaat kena solat jumaat di Masjid.

Moral: Apabila membimbing mualaf bimbing sampai habis. Jangan cerita sekerat-sekerat sahaja.


Cerita 2

Ahmad Chan (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta di sebuah kawasan perumahan. Waktu telah masuk Zuhur tetapi dia masih tidak berjumpa surau. Tiba-tiba ternampak kelibat seorang lelaki sedang menyiram bunga.

Ahmad Chan: Assalamualaikum Encik.

Lelaki: Jangan main-main dengan salam tau.

Ahmad Chan: Saya Islam Encik.

Lelaki: Oh, dah masuk melayu rupanya. Waalaikumussalam. Ada apa-apa saya boleh bantu?

Ahmad Chan: Waktu hampir Zuhur. Saya sedang mencari surau. Di mana surau terdekat?

Lelaki: Surau tidak jauh dari sini. Terus lagi ke depan masuk simpang pertama sebelah kiri. Surau tidak jauh dari situ.Nanti bila solat, jangan main-main. Solat betul-betul. Kena khusyuk. Masuk Islam bukan main-main.

Ahmad Chan: Terima kasih banyak-banyak encik atas nasihat. Mari kita pergi sekali encik.

Lelaki: Saya uzur hari ini. Tidak boleh solat.

Ahmad Chan: Kesiannya. (Tersengih)

Moral: Malulah kepada saudara baru yang lebih baik praktis Islamnya.