Friday, September 11, 2009

Respons terhadap pertanyaan saya di dalam iLuvislam.. Terima Kasih Daun Keladi..

CReaTiVeSiFu wrote:
Mengajar Mualaf tentang Solat..

Saya agak kesakitan hampir seminggu.. Penderitaan saya ini kadang-kadang cukup meyiksakan.. Hampir saya give-up nak meneruskan gerak kerja dakwah islam kerana kesakitan ini.. tetapi saya gagahi juga..kata-kata seorang brother sentiasa bermain dalam benak fikiran.. "Sedangkan arwah sheikh Ahmad Yassin dulu seorang yang lumpuh itu bukan alasan dia menggerakkan semangat perjuangan rakyat Palestin"..

Lalu saya gagahi juga walaupun kesakitannya masih terasa.. Ah! lupakan kesakitan ini buat sementara.. Sebentar lagi saya akan mengajar revert, saya namakan sebagai Annan. Annan berumur sekitar 20-an dan telah diperkenalkan oleh Bro Lim melalui seorang kenalannya.. Annan berminat kembali kepada cara hidup fitrahnya, Islam.

Sepanjang mengendalikan sesi 'Presenting Islam' kepadanya di tempat lepak kami, JJ Kepong saya kadangkala di temani Bro Firdaus, Bro Zusuff dan Bro Azmil.. Alhamdulillah pada 2008 setelah beberapa sesi 'Presenting Islam' akhirnya Annan bersetuju melafazkan Syahadah dan mula berjinak-jinak dengan cara hidup Islam.

Pada hari ini saya mengajar Annan tentang Solat. Saya mulakan perbincangan dengan kembali mengulangkaji tentang rukun iman dan islam.. Alhamdulillah banyak yang telah difahami.. Sekurang-kurangnya perkara-perkara asas tentang aqidah telah diketahui.. Yang penting ia mesti berlandaskan dalil dan menggunakan aqal dalam lingkungan Al-Qur'an dan As-Sunnah tanpa sangkaan semata-mata..

Jika aqidah kita dapat mantapkan mudah untung mengajarnya lebih lagi tentang ibadah dan cara hidup Islam.. Setelah selesai sesi Re-Cap (ingat semula) saya menerangkan teori solat kepada Annan. Bermula dari bersuci, niat sehinggalah memberi salam. Lalu saya terangkan waktu-waktu solat..

Oleh kerana ingin memudahkan Annan.. Segala bacaan dalam solat dikemudiankan dahulu dan saya lebih banyak fokus kepada bacaan Tasbih.. Sebagai orang yang ingin mengendalikan Revert bukan mudah untuk mereka menghafal ayat-ayat yang banyak dalam bahasa Arab.. Jadi kita perlu mula mengajar bacaan-bacaan yang mudah terlebih dahulu.. dan sedikit-sedikit kita minta dia menghafal..

Ingat kita jangan menyusahkan mereka pada awal-awal ini.. Adakah pada masa kecil oleh kerana anda tidak menghafal bacaan dalam solat maka guru, ibu bapa atau abang kakak anda melarang anda bersolat sudah tentu tidak! Jadi kita perlu cuba memahami mereka..

Setelah selesai menerangkan teori, lalu saya bawa Annan ke surau yang terdapat d JJ untuk menunjukkan praktikal Wudu' dan Solat.. ALhamdulillah sungguh mudah Annan mengikuti apa yang diajaar dan dapat menerangkannya semula kepada saya..

Timbul satu masalah, Annan tahu sebagai seorang Muslim solat adalah wajib ke atasnya tetapi bagaimana dia hendak solat di rumah.. ini kerana Annan masuk Islam tanpa pengetahuan keluarganya.. Lalu saya mengajar apa yang boleh dibuat olehnya.. Saya cukup gembira walaupun baru bergelar sebagai seorang Muslim dia telah mula ingin mengamalkan cara hidup Islam walaupun dia terpaksa mengamalkannya secara rahsia..

Selepas itu, kami lepak di food court sambil berbual mengenai perkara-perkara peribadi yang tidak dapat saya nyatakan dalam tulisan ini..

ALhamdulillah apa yang dirancang.. berjalan dengan baik.. saya doakan semoga Annan bukan sahaja akan menjadi Muslim yang baik tetapi akan menjadi Pendakwah sekurang-kurangnya kepada kaum keluarganya dan komuniti India yang Belum Lagi Muslim..

Semoga tulisan ini ada manfaatnya bagi mereka yang membaca..

Bro Yusry
JJ AU2 Hulu Kelang


p/s: tata ini merupakan penulisan saya sebelum-sebelum ini dari blog saya memerlukan idea dan pengalaman sahabat-sahabat semua yang pernah mengendalikan mualaf.. saya amat baru dalam dunia menjaga mualaf ini.. harap dapat membantu saya :-D Saya merupakan ahli baru iluvislam.. moga2 sahabat dapat membantu saya :-D


Respons:

assalamualaikum

alhamdulillah atas kurniaNya memberikan amanah dan tanggungjawab atas sdr dan sahabat-sahabat sdr dengan tugasan yang murni itu. Semuga sdr dan mereka dilimapahi kurnia dan di kekalkan HidayahNya didunia dan akhirat.

Pada hemat saya, sdr telah menjalankan amanah sebaik yang benar menurut kemampuan yang Allah SWT kurniakan buat sdr. Semuga DIA kekalkan dan sdr terima dengan redha hingga akhir hayat sdr, InsyaAllah.

Saya hanya ingin menambah jika tidak keberatan buat sdr dan Annan dalam perkara bertanda 'orangered' diatas.

i.
Setelah teori yang sdr sampaikan dapat di fahami, serta mampu di 'praktikalkan' se adanya itu:
... Kerana 'Bacaan ummul Kitab ( Fatiha ) adalah Fardhu dalam solat, harus lah seberapa cepat dapat Annam menghafalkan, adalah lebih benar hendakNYA.

Caranya;

PERSIAPAN:

TULISKAN
dalam tulisan 'rumi' akan bacaan Surah Fatihah, menurut 'ayat demi ayat'.
Ajarkan dengan LISAN sdr, manakala Anan menyemak-membaca berpandukan apa yang sdr baca

KAEDAHNYA:

'mulai satu ayat-pertama dahulu'.
Sdr baca SATU AYAT PERTAMA dengan jelas dan 'tempuh yang perlahan patah demi patah', Anan mengikuti sebagaimana sdr membaca. Sebaiknya, bilang kira-kira sehingga lidahnya dapat lancar bacaan ayat pertama itu,
tidak mengapa hingga puluhan kali berulang-ulang satu ayat.

Apabila di rasakan Anan mulai lancar,
Sdr berhentikan 'ajaran lisan sdr dahulu' dan suruh Anan membaca sendiri berpandukan apa yang sdr tulis dalam tulisan rumi, Annan meneruskan hafalan, sdr semak sebutan @ bacaan tersebut. Buatlah berulang-ulang sehingga 'hafal/ingat' tanpa melihat kertas tulisan panduan sdr.

Apabila Annan telah dapat, rehat dahulu pada sessi pertama hafalan tersebut.
sambung esuknya pula.
Tulisan rumi sdr suruh annan simpan dipoket untuk rujukan bila-bila ia lupa ketika menghafal sendirian.

Esuknya: Sessi kedua.

sebelum menyambung ayat kedua, cuba semak hafalan ayat pertama semalam, jika di dapati telah dapat,
haruslah di sambung mengajarnya secara lisan sebagaimana diperingkat kaedah sessi pertama semalam untuk ayat kedua.
Begitulah selanjutnya sehingga hafal ketujuh-tujuh ayat Surah Al Fatihah.

Tidak mengapa mengambil masa panjang sedikit, kerana dapat hafal Surah Fatihah yang diwajibkan dalam setiap solat. Adalah penting.

( Nota: Tulisan surah Fatihah dalam rumi adalah menurut 'sebutan/patah bacaan sdr', jika Anan dapat menulis sendiri, itu lebih baik kerana harus beliau lebih tahu membunyikan sebutan dari 'ajaran lisan sdr'.
DAN
Cara ini harus ada sanggahan pendapat tentang 'keharaman dsb', janganlah sdr bimbang dalam persoalan tersebut, kerana sdr bukan hendak membuat/mengarang buku,
melainkan ia hanyalah sekadar untuk kemudahan 'panduan rujukan' menghafal, sedangkan bacaan dan semakannya adalah dari BACAAN LISAN/SEMAKAN sdr SECARA 'BY HARD',

'INI KES yang terpaksa' buan sahaja bagi Mualaf bahkan ramai keturunan Islam yang 'buta Al Quran' yang mahu segera menunaikan solat.

Kaedah ini telah berjaya di ikuti dengan baik oleh beberapa orang Mualaf dan Mualaf keturunan Islam yang baru kenal islam sebagaimana Annan.

Semuga bersambung di lain hari di bab lain pula.InsyaAllah.

ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.

Bagaimana Mahu Berdakwah???


Dakwah mudah untuk diperkata, namun bukan mudah untuk terlaksana.. namun kesusahan dalam dakwah tu lah menjadi ujian wajib diri kepada para da'i yang ingin menarik manusia kembali kepada agama Allah yang diredhai ini.. Bila bercakap tentang dakwah kan saya suka mengatakan kita menarik sahabat kita yang jauh dari Islam kembali kepada kehidupan Islam, dan menarik mereka yang BELUM ISLAM menerima ISLAM sebagai cara hidup mereka :-D

Dalam dakwah perlu ada tahapan. Tidak boleh terus menyerbu menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan.

Pada saya ia terbahagi kepada 8 tahap dalam dakwah (fokus non-muslim):


Tahap 1 - Kenal2

*Berkenalan la dengan orang yang kita nak dakwah tu. Tanpa kita kenal dia dan dia tak kenal kita macam mana la kita nak dakwah pada dia. Kat Makkah kan, Rasulullah dulu dakwah kat orang2 yang Nabi kenal dulu. Sebab apa kan. Orang yang kita kenal dan kenal kita lagi senang nak bawak bincang. Tapi ada org kata. "Susah la nak dakwah kat orang yang kita kenal". Pada saya kan. Tu maknanya kita betul2 tak sayang kawan2 kita. Sebab kita sanggup biarkan dia dalam kekufuran.


Tahap 2 - Faham2 la

*Cuba memahami siapakah orang yang kita cuba dakwahkan tu. Kadang-kadang kita tak nak cuba nak meamahami orang. Bila memahami orang yang kita nak dakwah baru kita boleh fikirkan macam mana cara terbaik nak dakwah kepada dia.


Tahap 3 - Sedar2kan la

*Terdapat dikalangan non-muslim yang x tahu kepentingan agama. Kita perlu menyedarkan mereka. Jadi kita perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi meyakinkan mereka apakah tujuan hidup manusia dan tujuan penciptaan mereka. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kewujudan pencipta. Terdapat banyak sekarang yang mula mengiyakan kewujudan tuhan namun mereka tidak pasti Tuhan manakah yang benar-benar layak disembah :-D


Tahap 4 - Apa yang kamu faham tentang Islam?

*Cuba tanya apakah yang mereka tahu tentang Islam. Apakah pendapat mereka tentang orang Islam? Apakah isu-isu yang mereka tidak paus hati tentang Islam. Kumpulkan dulu segala perkara-perkara berikut. walaupun mungkin ada kritikan keras terhdapa Islam.. Sabar dulu la. Jangan terus marah pulak kawan kita tu.


Tahap 5 - Pecah Salah tanggapan

*Soalan-soalan yang dikumpulkan perlulah dijawab. Sama ada kita sendiri mencari jawapan atau meminta bantuan rakan kita unutk menjawab salah tanggapan tentang Islam. Dr. Zakir Naik telah menerbitkan buku berkaitan salah tanggapan tentang Islam yang amat membantu para pendakwah membersihkan imej Islam yang disalah faham. Pembersihan ini amat penting sebelum kita menceritakan tentang Islam yang diajar oleh Allah dan RasulNya tanap penambahan mahupun pengurangan. Kita perlu menjawab segala persoalan yang mereka salah faham.


Tahap 6 - Presenting Islam

*Present Islam dengan sesimple mungkin berkaitan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam. Tekankan lebih-lebih lagi berkaitan keesaan Allah, Kerasulan Muhammad. Jika mereka boleh menerimanya. InsyaAllah jika keimanan mula bercambah maka perkara-perkara lain akan mudah diterima. Terdapat buku yang baik berkaitan presenting Islam contohnya WHAT ISLAM IS ALL ABOUT? dan THE COMPLETE IDIOT GUIDE UNDERSTANDING ISLAM oleh yahiya emerick. Buku yang cukup baik macam mana kita boleh present Islam dengan cara yang mudah :-D


Tahap 7 - Jom la masuk Islam!

*Apabila segalanya telah dibuat. Kefahaman terhadap Islam terhadap diberi. Dan non-muslim mula menunjukkan minat terhadap Islam. Kerap tanya kepada dia "Bila nak masuk Islam?". Ceritakan tentang ganjaran yang Allah akan berikan kepadanya apabila mereka masuk Islam. Ceritakan tentang amal kebaikan sebelum-sebelum ini akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Dosa-dosa mereka diampunkan umpama bayi yang baru lahir. Banyak kan memberi motivasi.


Tahap 8 - Berdoa kepada Allah

*Banyak dikalangan pendakwah selalu lupa melakukan perkara yang paling penting. Mereka lupa mendoakan orang yang mereka dakwah. Sabahat-sahabat semua, hidayah milik Allah maka doa lah kepada Allah semoga memberi hidayah kepada rakan kita. jangan ptutus asa jika dakwah anda lambat memberikan hasil. dakwah Rasulullah ada yang masuk Islam selepas kewafatannya. Jadi jangan la risau teruskan berdakwah dan jangan putus2 berdoa.

Okla. sikit penulisan dari saya. maaflah jika kurang teratur. Jom kita wat Dakwah!!!

*penulisan ini respons saya kepada satu thread di bawah tajuk 'Bagaimana Mahu Berdakwah?' di iLuvislam.com