Thursday, August 27, 2009

Ingin Berbuat Kebaikan tetapi Akhirnya Menyusahkan...

Semalam saya berjumpa dengan seorang Revert ditemani Bro Zusuf di Masjid Bukit Indah Ampang.. Berbincang mengenai masalah yang dihadapinya berkaitan keluarga.. Alhamdulillah, dapat penyelesaian akhirnya.. doakan kami agar dapat membantunya berhadapan dengan keluarga.. Sambil tu bersembang tentang kefahaman Islamnya..

Masalah betul apabila ada muslim yang memandai-mandai bercakap perkara bukan-bukan yang tidak diajar Islam.. Ada dikalangan Muslim yang tidak mengamalkan Islam pun tetapi apabila mendengar ada rakannya yang memeluk Islam mereka juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan sebagai ustaz/ah.. Saya tidak bermasalah jika mereka mengajar perkara yang benar.. Masalahnya, apabila mereka bercakap yang bukan yang menyebabkan Revert menjadi lebih confuse..


yang mana patut diikuti.. Jika anda ingin membantu silakan.. tetapi jika anda akan memeningkan lagi Revert itu.. lebih baik berdiam diri.. akan-akan datang saya akan kongsikan apa yang boleh anda lakukan jika ada Reverts yang meminta bantuan anda.. InsyaAllah..

Bro Yusry
Hulu Kelang

Menjadi Pendengar Setia...


Saya dihubungi oleh seorang mualaf berkaitan soal percintaannya.. bila membantu mualaf.. lebih-lebih lagi menjadi orang yang dipercayainya.. kita perlu bersedia menjadi pendengar yang setia.. tahu memberi pendapat.. dan jangan terlalu banyak bercakap dan memberi jalan penyelesaian.. kadang-kadang manusia inginkan tempat meluahkan isi hati.. dan jangan terkejut di akhir perbualan.. mereka menyelesaikan sendiri masalah..

Kepada anda yang membantu mualaf, saya ucapkan tahniah kerana menjadikan diri anda bermanfaat untuk orang lain.. ingatlah jika anda menanamkan walaupun sedikit kebaikan kepada mereka lalu mereka berterusan dalam melakukan kebaikan tersebut.. Allah tidak akan mengurangi walaupun sedikit pahala hasil dari amal kebaikan kalian :-D

Bro Yusry
Hulu Kelang

Friday, August 21, 2009

Membaca Meransang Minda...

Membaca dapat menjadikan kita seorang yang pandai berfikir..setiap kali kita membaca sesebuah buku yang bagus..ia akan memberikan prsepsi baru kepada kita tentang kehidupan..tidak sepatutnya daripada kita menjadikan tiada masa sebagai alasan untuk tidak membaca..

Mungkin kita mengatakan kita terlalu sibuk..tiada masa..jadi mengapa kita tidak mengambil dedikit masa untuk duduk sebentar dan mula membaca..bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih terurus..kerana mungkin kita bukan sibuk..tetapi kita sebenarnya gagal mengurus masa dengan baik..lalu kita menganggap itu sebagai sibuk..tapi sebenarnya kita membuang masa dengan STRESS!

Bagi orang yang merasakan dirinya kurang motivasi atau hidupnya kehilangan haluan..maka sepaptutnya mereka duduk sebentar dn membaca..bagaimana hendak membetulkan haluan mereka atau kembali memotivasikan diri mereka..

Apabila kita mula membaca..buka satu ukuran sebenarnya sebanyak mana buku yang kita baca..tetapi yang lebih penting..bagaimana kita menggunakan idea2 dalam buku tersebut untuk diimplimentasi dalam kehidupan kita..

Antara buku yang saya syorkan anda baca ialah buku yang ditulis oleh Samuel A. Cypert yang menulis kembali penulisan W.Clement Stonen yang menambah idea Napolean Hill tentang Bagaimana kita boleh mencapai kejayaan?

Salah satu petikan yang saya sukai dalam buku ini ialah;

Many ‘overnight successes’ have spent years preparing themselves for the oppurtunity that finally affords them the recognition they deserve.

Yang mana kejayaan bukan usaha semalaman sahaja..sebelum mendapat kejayaan pasti ada usaha yang memakan masa, tenaga dan wang ringgit..tetapi apabila kejayaan itu berjaya maka ia satu kepuasan..

Fikir-fikirkan..

Thursday, August 13, 2009

MBS KL madrasah tarbiyah dakwahku...


Tingkatan 1T





Logo Sekolah


Sudah hampir 9 tahun saya meninggalkan alam sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist banyak mengajar saya betapa pentingnya melakukan usaha dakwah. Sekolah ini boleh dianggapkan sebagai Madrasah Tarbiyah Dakwah saya. Saya belajar tentang bagaimana bergaul dengan non-muslim dan belajar menjadi minoriti di dalam kelas saya sendiri. Belajar di dalam antara kelas yang atas menyaksikan hanya sedikit muslim yang berjaya melepasi kalangan 70 pelajar yang terbaik. Yang mana muslim pula menjadi penyokong setia kelas-kelas di belakang, bukan kerana mereka tidak bijak tetapi kerana sikap 'malas' yang kadang-kadang mengheret mereka ke kelas belakang.

Di sekolah ini lah saya diberikan peluang untuk berdakwah, untuk memimpin pelajar muslim dan di sekolah ini jugalah saya belajar menghadapi serangan bertubi-tubi rakan non-muslim kepada Islam. Saya mungkin pernah menyalahkan mereka yang nampaknya tidak mahu memahami Islam. Tetapi, saya baru sedari mereka salah, dalam memahami Islam.

Sekolah ini mengajar saya kerendahan diri, saya bukan dari kalangan mereka yang bersekolah agama, menyebabkan apabila berpeluang berjumpa dengan mereka yang bersekolah agama saya berasa terlalu rendah diri. Saya rasakan mereka yang bersekolah agama inilah yang akan menjadi pemimpin dalam usaha dakwah yang mana saya akan mengikuti dakwah mereka dengan penuh minat.

MBS banyak menyediakan saya untuk belajar menjadi pendakwah. Cara tarbiyah yang cukup unik dengan cara yang tersendiri. Menjadikan saya tidak bermasalah dalam menjalinkan hubungan dengan non-muslim.

Doakan saya semoga akan berjaya menjadi pendakwah yang ikhlas di jalan perjuangan ini. Saya selalu teringat rakan-rakan non-muslim saya yang belum lagi saya dakwahkan kepada Lailahaillallah, Muhammad RasuluLlah. Semoga saya akan mengusahakan sesuatu untuk berdakwah kepada mereka ke arah Deen yang diredhai ini.

MBS KL dalam kenangan...
Go Forward MBS!

Wednesday, August 12, 2009

Jalan2 Dakwah Terengganu :-)







Terima kasih Datin Norhana dari Darul Fitrah Terengganu kerana sudi menjemput kami. Melatih bakal-bakal pendakwah yang akan meriuhkan lagi usaha dakwah di Terengganu :-)