Wednesday, April 29, 2009

Buku Yang Sedang Dibaca..






Saya sedang membaca buku-buku ini pada minggu ini.. Buku-buku ini cukup menarik perhatin saya.. Kalau anda ke kedai buku besar seperti Borders, MPH, Popular atau sebagainya, jenguk-jenguklah buku yang saya pamerkan ini.. Selamat Membaca!

Sunday, April 26, 2009

Bait Yang Sentiasa Memotivasikan...



Suci Sekeping Hati

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


Kadang-kadang bila kita melakukan usaha menarik manusia kembali ke jalan ALlah.. Mahu atau tidak kita akan teruji.. Apabila saya kurang motivasi.. saya suka mendengar bait-bait lagu ini.. Sentiasa mengingatkan saya realiti jalan dakwah.. Semoga ALlah sentiasa memberi saya kekuatan dalam melakukan usaha ini menarik manusia yang leka dengan dunia lalu kembali ke jalanNya..

Doakanlah saya ini.. yang serba kekurangan.. menempuh jalan dakwah.. semoga saya berkorban dan terkorban.. Saya ingin menyeru kepada rakan2 seperjuangan.. semoga kita ikhlas dalam sama2 melakukan usaha islah dan dakwah.. dengan penuh keikhlasan.. Semoga terhindar dari sifat riya' dan sum'ah.. Semoga di mana sahaja bumi yang kita pijak akan sentiasa riuh dengan islah dan dakwah kita.. dalam perjalanan membawa insan yang lalai dan jahil kembali mengenal ALlah.. Perjalanan yang panjang dan jauh.. Namun tidak lain tidak bukan demi mendapat keredhaan ALlah.. Semoga ALlah memberi kita kekuatan dalam usaha ini.. Amin.

Bro Yusry
Hulu Kelang

Friday, April 24, 2009

Secebis Kisah Buat Renungan...



Jam menunjukkan jam 2.30 petang. Saya dikejutkan dengan satu panggilan daripada saudara Kevin (bukan nama sebenar). Saudara Kevin memberitahu saya bahawa ibunya hendak bercakap dengan saya. Lalu perbualan antara kami bermula;

Ibu Kevin: Ini Yusry.
Yusry: Ye aunty. Saya Yusry bercakap.
Ibu Kevin: Saya dapat tahu anak saya masuk Islam. Awak tahu tak. Ayah dia ugut nak bunuh diri.
Yusry: Kenapa aunty?
Ibu Kevin: Bila masuk Islam. Dia kena jadi Melayu. Tukar nama. Bin Abdullah. Tak mengaku lagi ayahnya sendiri. Banyak kawan saya bagitau bila Cina masuk melayu. Selalu ada masalah dan akhirnya menyesal.
Yusry: Itu tak betul aunty...
Ibu Kevin: Awak tau tak bila kevin masuk Islam kami macam dah hilang anak. Kamu tahu tak pentingnya nama cina dikekalkan bagi orang cina.

Perbualan terputus apabila Kevin mengambil telefon daripada ibunya.

Kevin: Saya minta maaf. Ibu saya Hipertension..terkejut..
Yusry: Tidak apa Kelvin. Mungkin nanti saya boleh berjumpa dengan ibu awak untuk terangkan.

Begitulah di antara perbualan penulis bersama seorang ibu yang terkejut dengan keputusan anaknya memeluk Islam. Jika merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan oleh ibu berkenaan. Maka kita akan lihat sebenarnya persoalan tersebut lebih merupakan perkara budaya yang mana jika perkara-perkara tersebut masih dikekalkan maka Kevin masih bergelar seorang Muslim.

Perbincangan mengenai penggunaan perkataan Allah oleh Kristian sungguh hangat diperbincangkan.. Ada yang melihat dari sudut positif dan ada yang melihat dari sudut negatif. Namun hujah yang cenderung kepada tidak membenarkan saya dapati masih lemah.

Saya melihat penggunaan nama Allah oleh Kristian memberi peluang dakwah yang cukup luas..bersetuju dengan Bro Zusuf dalam isu ini.

"Manakala pandangan yang tidak popular saya dapati daripada perbincangan bersama mereka yang aktif dan berpengalaman luas dalam dakwah terhadap golongan bukan Islam serta menangani kes-kes murtad. Bagi mereka tuntutan ini sebenarnya mendatangkan 'advantage' kepada dakwah terhadap bukan muslim dan merupakan 'disadvantage' terhadap kristian. Ini juga memberikan peluang bagi umat Islam untuk 'turn the tables'.

Mereka yang menggunakan perkataan 'Allah' sebenarnya lebih mendekati Allah, bukan menjauhi Allah. Dengan lain perkataan mereka lebih mendekati maksud perkataan 'Allah' yang sebenarnya. Dakwaan yang mengatakan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dapat mengelirukan umat Islam juga tidak dapat diterima. Dengan mengaku mereka beriman kepada Allah sahaja tidak dapat mengelirukan umat Islam. Kerana selama ini mereka juga mengaku mempercayai Isa (as), Musa (as), Adam (as) dan sebagainya. Tetapi ini tidak mendatangkan kekeliruan ke atas umat Islam."

Petikan Tulisan Bro Zusuf dalam Yahoo Groups Abu Meow.


Isu yang ingin ditimbulkan di sini ialah, dalam keghairahan kita mempertahankan dari perkataan Allah digunakan oleh Kristian maka apa kata kita turut ghairah juga untuk menerangkan kepada Kristian, siapakah Allah yang sebenarnya melalui usaha dakwah kita.

Menghalang mereka dari menggunakan nama Allah tidak akan menyebabkan mereka semakin dekat untuk mengenali Tuhan yang sebenar malah tiada kerugian langsung bagi pihak mereka.
Tetapi jika membenarkan mereka menggunakan perkataan Allah dan ditambah dengan usaha keras kita untuk berdakwah kepada mereka kepada Allah, maka hasilnya akan jelas kelihatan.

Wahai saudaraku seaqidah..marilah kita turun membuat tugasan yang diwajibkan kepada kita untuk membawa orang lebih mengenali Islam dan Tiada tuhan selain Allah.. Dari kita berbahas benda yang pada saya bersifat teknikal.

Terima kasih kerana meluangkan diri membaca tulisan ini. Tentu anda tertanya2 mengenai Ibu Kevin. Alhamdulillah saya bersama Bro Zusuf sebenarnya baru sahaja berjumpa dengan Ibu Kevin pada jam 9 malam tadi dan akhirnya beliau faham apakah perkara yang sebenarnya di ajar oleh Islam tentang budaya. Terima kasih kepada Bro Zusuf yang banyak membantu dengan kemahirannya berbahasa Kantonis dan Human Touch nya yang cukup dasat..

Bro Yusry
AU3, Keramat
Jom Wat Dakwah!

Mengajar Bahasa Melayu Menggunakan YouTube... (Catatan Pengalaman 16 Februari 2008)

Hari ni hari yang cukup memenatkan tapi cukup mengujakan..hari ni aku marathon mengajar 4 group dari pagi ke petang.. Di sebelah pagi aku mengajar 3 beradik ni. Darjah 2, 4 dan 5. Hari ni aku mulakan pengajaran aku unik sikit daripada biasa..Aku gunakan YouTube kat bawah ni untuk ajar Bahasa Melayu..

Aku minta diorang tengok dulu YouTube dan lepas tu diorang akan diberi masa lima minit untuk bercerita kisah yang ditunjukkan dalam You Tube tersebut..Mula2 diorang agak malu2..biasalah budak2..tp ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini cukup menarik!

Alhamdulillah..banyak juga mereka dah boleh berkongsi dengan aku..kalau sebelum ni si kakak kurang minat dengan tuition aku..tapi nampaknya dia dah mula enjoy belajar dengan aku.. bukan senang nak membiasakan diri..tapi itulah bila mereka mula mengenali kita..sedikit demi sedikit mereka akan mula rapat dengan mereka..Kanak2 perlukan seseorang yang boleh mereka luahkan idea atau perasaan mereka..jika kena caranya kita akan dianggap sebagai kawan dan ia amat membantu dalam memotivasikan mereka..ini kerana elemen kepercayaan telah wujud..

3beradik4.jpg

Ni lah gambar 3 beradik tu..

So..pastu aku balik rumah jap..tido sebentar dan mengajar anak Kak Pidah..Ibu tunggal yang mempunyai 3 anak yang masih kecil..aku mengajar dua orang anaknya..seorang Darjah 3 dan sorang lagi darjah 1. Yang Darjah 3 Kamarul, yang darjah 1 tu pula Solehah..Solehah adalah cabaran yang besar dalam sejarah aku sebagai Guru Tuition.. Walaupun Solehah Darjah 1 tapi dia ada masalah untuk membaca..So, kerja aku sepanjang waktu tuition mengajar Solehah membaca..walaupun kadang aku jadi kurang sabar kerana ’slow’nya si Solehah ni..tapi hari ni aku dapat berita yang cukup menggembirakan..Solehah dapat masuk kelas ke dua atas kerana dia dah boleh membaca lebih baik..alhamdulillah..usaha yang mula membenihkan hasil..namun perjalanan masih jauh..untuk menjadikan Solehah pelajar yang cemerlang dan memperkembangkan bakatnya yang nampak menonjolkan dalam bidang seni..

Lepas habis mengajar..aku melepak jap di Delifrance kat Petronas Hulu Kelang..tengok Video Stephen Chow..sambil tu update jadul hari ni..

Mengajar lagi!!!

So, aku meneruskan mengajar di Kondo di Ampang..mengajar 4 orang pelajar.. Hari ni aku menjawab soalan cepumas yang ditanya oleh salah seorang muridku ini yang baru Darjah 2..Macam mana baby keluar dari perut? So, aku tunjukkan satu animasi yang menunjukkan bagaimana bayi keluar dari perut..jangan risau..bahan ni bukan lucah..x percaya tengok YouTube bawah ni..

so..barulah diorang faham..banyak lagi soalan cepumas lepas aku tunjuk video ni..tapi aku kan share pada masa-masa akan datang..

Mengajar Sambil Memotivasi... (Catatan Pengalaman 15 Februari 2008)

Ngajar Tuition dan Memotivasi…satu cabaran!

Aku baru balik dari mengajar tuition di Pandan Indah. Inilah anak-anak murid aku. Diorang akan ambik PMR tahun ni..so banyak la latihan yang aku bagi kat depa hari ni..mereka ni boleh dikategorikan sebagai pelajar sederhana. Tetapi aku respek dengan semangat depa yang hendak berusaha. Di tengah waktu belajar. Aku tunjukkan kepada mereka satu video tentang perlumbaan antara Burung Unta lawan Penguin.

Dalam video ni..aku kata kat mereka..”walaupun kamu umpama penguin tapi jika sanggup usaha sedikit demi sedikit dan tak putus asa maka kamu akan mencapai kejayaan..mungkin langkah kamu ambil pendek..sependek kaki penguin nak dibandingkan dengan kaki burung unta..tapi jika kamu berusaha dan bersungguh..kejayaan adalah milik kamu”

Bila mengajar..ia bukan sahaja mengajar tentang buat latihan yang betul..tapi memotivasikan mereka agar sanggup berusaha unutk berjaya..aku cuma datang membantu mereka seminggu sekali..Jika mereka hendak berjaya… Mereka perlu bantu diri mereka dengan berusaha 6 hari tanpa aku di sisi mereka..

Aku dapati pelajar melayu kurang motivasi..salah satu sebab aku dapati kerana mereka tiada matlamat hidup..maka mereka sesat dan mengikut sahaja arus yang akan mendamparkan mereka ke mana sahaja..dengan membantu mereka agar mengenalapsti matlamat hidup..maka kejayaan demi kejayaan akan dicapai kerana mereka akan termotivasi unutk menjadikan matlamat itu satu realiti..jadi sesiapa yang terlibat dalam mendidik harap sangat dapat memotivasikan mereka (pelajar2) walaupun hanya sebulan sekali..sebagai guru tuition aku hanya mampu melakukannya seminggu sekali…

Thursday, April 23, 2009

Akhlak Mulia Itu Dakwah...



Bercakap tentang teori dakwah cukup lancar bagi sesetengah orang..jika ditanya, hui! mau sejam jugak kuliahnya apabila bercakap tentang dakwah secara teorinya..malah mereka boleh menceritakan bagaimana praktik dakwah..pun secara teori juga..


Bagi individu yang terlibat dengan dakwah.. mereka akan kurang bercakap tetapi lebih dalam melakukan usaha dakwah..tetapi, timbul satu persoalan di sini..adakah orang2 tertentu sahaja yang mampu melakukan usaha dakwah?

Bila kita melihat dakwah kepada YANG BELUM LAGI ISLAM di Malaysia ini.. Kita dapat melihat usaha dakwah majoritinya dan yang paling agresif adalah di kalangan rakan-rakan kita yang re-vert (yang kita selalu panggil mualaf, walaupun sudah masuk Islam dekat 20 tahun).. menamakan beberapa nama; Bro Shah Kirit, Bro Lim Jooi Soon, Bro Fitri Abdullah dan ramai lagi yang seangkatan dengan mereka..

Bro Shah Kirit


Bro Fitri Abdullah



Bro Lim Jooi Soon


Dalam penulisan ini saya ingin memberi teknik mudah bagaimana anda boleh memulakan usaha dakwah tanpa anda perlu berguru selama 10-20 tahun untuk menjadi pendakwah.

Caranya mudah sahaja.. Tunjukkan anda adalah seorang muslim yang mempunyai akhlak yang baik.. Akhlak yang baik akan memikat sesiapa sahaja.. Jika anda selalu menunjukkan akhlak yang baik kepada sahabat2 yang BELUM LAGI ISLAM.. InsyaAllah itu akan menyumbang kepada keislamannya suatu hari nanti..

Apabila kita kembali kepada period dakwah RAsulullah, kita dapat melihat terpesonanya orang untuk masuk Islam salah satunya disebabkan hebatnya akhlak Rasulullah..

Terdapat sekian banyak dalil yang membuktikan bahawa akhlak yang mulia merupakan ciri-ciri seorang Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berkenaan ciri-ciri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.

[al-Qalam 68:04]

Seterusnya Allah menyuruh kita meneladani akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,

iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat,

serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

[al-Ahzab 33:21]

Apabila kita melihat penyebaran Islam kepada negara-negara selain tanah Arab yang berlaku pada zaman sahabat, tentu sahaja mereka amat berlainan dari segi bahasa dan budaya.. tetapi pengislaman itu berlaku kerana terpesona dengan akhlak yang ditonjolkan oleh pendakwah yang ikhlas ini..

Jadi sahabat-sahabatku..tidak perlu pecah kepala..bagaimana anda boleh menyumbang dalam dakwah kepada sahabat2 mu yang BELUM LAGI ISLAM.. Jadilah muslim yang baik dan berakhlak mulia..InsyaAllah, moga terbuka hati mereka..dalam masa yang sama sedikit2 mempelajari tentang dakwah daripada orang yang betul..InsyaAllah, sahabatku akan menjadi pendakwah yang hebat suatu hari nanti..

Dakwah itu mudah..betul! saya tak tipu :)

JOM DAKWAH!

p/s: Marilah kita anjurkan kempen JADILAH MUSLIM YANG BAIK! semoga dakwah di Bumi Malaysia akan jadi lebih subur..InsyaAllah

Tuesday, April 21, 2009

Pengalaman Yang Menyedarkan...

Kenapa saya berminat kepada usaha dakwah kepada non-muslim? Kadang-kadang ada yang pernah mengajukan soalan berikut kepada saya.. Sebenarnya ini bermula 4 tahun yang lepas.. Pengalaman yang membuatkan saya tersedar dari lena saya betapa saya perlu bersama-sama dalam usaha dakwah kepada sahabat2 YANG BELUM LAGI MUSLIM..



Ceritanya begini,

Pada hari itu UM sedang mengadakan Program Perbandingan Agama di di Kompleks Perdana Siswa.. Saya ditugaskan bersama rakan-rakan untuk menjaga Booth Islam..pada hari itu agama-agama lain turut juga mengadakan pameran d Booth masing-masing..

Pada saya inilah ada peluang untuk menceritakan tentang Islam dan menjawab persoalan tentang salah tanggapan di dalam Islam..oleh kerana pada masa itu semua peserta berada di dalam dewan maka tinggallah kami yang berada di luar untuk menjaga bahan pameran di Booth masing-masing..

Lalu saya mulalah melawat sahabat-sahabat di Booth Hindu, Buddha dan Kristian.. Banyak lah yang kami bualkan terutama sekali tentang apakah ajaran agama masing-masing dan ada juga beberapa persoalan yang ditimbulkan berkaitan Islam yang mana saya dapat jawab walaupun tidaklah terlalu baik..

Semasa di Booth Hindu dan Buddha tidaklah banyak yang dibincangkan kerana pengetahuan yang menjaga booth nampaknya tidak terlalu luas..di sebabkan saya pernah mengikuti Program Perbandingan Agama maka banyak yang saya telah tahu tentang agama mereka..saya sekadar bertanya untuk up-date mungkin ada yang saya masih tidak pernah dengar..

Tetapi..pengalaman di Booth Kristian menyedarkan saya..semasa di Booth Kristian say bertanya beberapa perkara tentang bible..dan saya dibantu oelh seorang gadis berbangsa cina..gadis ini cukup bersungguh-sungguh untuk menceritakan kepada saya tentang Kristian dan apa yang diajar oleh Bible..lalu saya mendengar dan bertanya beberapa persoalan..banyak juga pebgetahuan gadis itu tentang ajaran Kristian..


Lalu, saya bertanya berapa lama dia menjadi seorang kristian..saya tersentak apabila rupa-rupanya dia menjadi Kristian baru 3 bulan..dan kefahamannya diperolehi dari sesi Bible study seminggu sekali..saya merasa cukup malu..walaupun saya dah Islam dari lahir namun saya masih liat dalam usaha menerangkan Islam kepada sahabat2 YANG BELUM LAGI MUSLIM..saya kagum dengan usaha gadis itu yang sanggup berdiri lama sementara saya dipersilakannya duduk untuk menceritakan mesej agama Kristian..

Peristiwa ini terlalu besar kesannya dalam hidup saya..kita selalu marah kepada pendakyah Kristian yang ikhlas untuk memperkenalkan orang kepada agamanya dengan bersungguh2.. tetapi kita yang mempercayai Islam adalah agama yang Benar melengah-lengahkan usaha dakwah kita..



Wahai sahabat2 ku..marilah kita bersama-sama melakukan Penerangan Islam dan Dakwah kepada sahabat2 kita yang BELUM LAGI MUSLIM..kita seenarnya masih tertinggal jauh berbanding dakwah Kristian..mereka terlalu advance dalam dakwah mereka..marilah kita sama-sama bersatu melakukan usaha dakwah walaupun dengan menghantar satu sms atau e-mail mengenai Islam..

JOM DAKWAH!

Monday, April 20, 2009

Pendidikan Kanak2 : Bagaimana?

Pada satu hari, seperti biasa pada bulan-bulan yang sebelumnya. Saya mengajar tuition kepada pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2007. Ketika sedang berehat sebentar sebelum menyambung ke matapelajaran lain maka hati saya terdetik. “Bagus juga kalau dapat tengok sejauhmana kefahaman adik ni tentang Aqidah Islamiyyah”.

Maka saya bertanya kepadanya. “Sejauhmana adik meyakini kewujudan Allah”. Pada ketika itu saya beranggapan, tentu jawapannya cukup dasat. Manakan tidak. Naib juara pertandingan Azan, keluarganya pula orang surau dan Pendidikan Islam sentiasa dapat A memanjang. Tetapi tiba-tiba jawapannya membuatkan saya terkedu sebentar. “Cikgu, kadang-kadang saya rasa kurang yakin Allah itu wujud”

Jawapan yang cukup menggusarkan hati. Inilah realiti. Terdapat dikalangan anak-anak yang pada luarannya, amalannya cukup mantap, tetapi bila kita bertanya kembali tentang Aqidah, kefahamannya senipis kulit bawang. Mereka boleh menerangkan Aqidah secara teorinya tidak ubah seperti burung kakak tua mengulang-ulangkan ayat tetapi jahil dari segi pengertiannya.

Saya tertarik dengan e-mail daripada armchent89 (armchent89@...)

“Ana seorang yang ada ramai adik2 kecil,mak ayah pulak sibuk dengan
kerja. Bukan diorang tak terapkan pendidikan agama, tapi masih tak
sempurna kerana kesibukan.
So, nak minta pandangan, apakah cara terbaik untuk menerapkan
pendidikan aqidah terhadap kanak2?
Bagaimana pendekatan, ada silibus ke??”

P/s: target mad'u, kanak2 berumur 5 hingga 12 tahun.

Sebelum ini saya telah respons sedikit tetapi setelah saya membaca sebuah buku berkaitan pendidikan anak-anak maka saya ingin berkongsi hasil pembacaan saya.

Saya ingin menukilkan petikan Dari Buku ‘Tarbiyatul Aulad’ karangan Abdullah Nasih Ulwan terbitan Pustaka Salam;

Manhaj Islam dalam mengislah dan mendidik anak-anak kecil bergantung kepada 2 perkara asas;

  1. Memberi pengajaran
  2. Mengulang-ulang pengajaran dan perbuatan.

Yang dimaksudkan dengan yang pertama itu ialah memberi tunjuk ajar secara teori dan yang kedua pula ialah mengarah, mengulang-ulang supaya anak-anak sentiasa ingat dan melaksanakannya. Ia juga disebut amali.

Dua cara ini sangat bersesuaian dengan tabi’I dan kemampuan anak-anak keci, jika dibandingkan dengan tahap atau peringkat umur yang lain. Adalah menjadi kewajipan serta sangat mustahak bagi para murabbi dan ibubapa juga para guru supaya sentiasa memberi pengajaran itu dalam bentuk amal bila ia telah mula memahami hakikat kehidupan

Ini merupakan metodologi yang pada saya adalah asas kepada memahamkan mengajar sesuatu perkara kepada kanak-kanak kerana sifat mereka yang baru hendak terbina pemikiran yang sudah tentu sukar memahami penjelasan yang terlalu mendalam atau abstrak.

Isi kandungan bagaimana kita boleh mengajar kanak-kanak juga turut dicadangkan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam buku yang sama secara ringkasnya seperti berikut ;

  1. Mengajarkan kepada anak-anak kalimah tauhid ‘La ilaha illaLLAH’
  2. Mendidik secara amali yang anak-anak perlu beriman kepada Allah dengan sepenuhnya dan tidak ada pencipta lain dan pereka alam ini melainkan Allah. Gunakan persekitaran mereka dengan memperlihatkan penciptaan langit, bumi, laut dan pelbagai lagi untuk menunjukkan kepada mereka hebatnya ciptaan Allah.
  3. Pendidik juga hendaklah memberi pengajaran apa sahaja di alam ini yang kita boleh lihat dan dengar (menggunakan pancaindera)adalah ciptaan Allah. Alam ini tidak akan terjadi dengan sendirinya. Segala apa yang terjadi di alam ini semuanya dengan izin Allah. Pendidik perlu mengajar dari pada bahagian yang mudah dahulu sebelum ke perkara yang lebih susah atau abstrak.
  4. Mengajarkan solat apabila mereka berumur 7 tahun. Pendidik hendaklah mengajarkan dengan penuh perhatian dan kesabaran. Biasakan anak-anak solat berjamaah di masjid. Sehinggalah solat menjadi kebiasaan kepadanya.
  5. Pendidik perlu mengajarkan perihal halal dan haram. Dari segi praktiknya, pendidik hendaklah memperingatkan ‘Ini adalah Haram’ bila didapati anak-anak melakukan perkara buruk seperti mengelurkan kata-kata kurang elok atau mencuri. Jika anaknya melakukan kebaikan maka pujilah kebaikan tersebut. Sentiasa mengulang-ulang sehingga ia sebati di dalam diri mereka.
  6. Pendidik mengajar anak-anak supaya mencintai Rasulullah, keluarga dan para sahabat dan juga membaca Al-Qur’an. Jika berpeluang bacakan kisah-kisah Rasulullah, sahabat-sahabat Baginda dan tokoh-tokoh dunia Islam sepanjang zaman kepada anak-anak.

Tetapi, kerana batasan masa jadi kadangkala bukan mudah untuk menjalankan cadangan-cadangan berkenaan. Apa yang saya ingin cadangkan carilah tadika Islam atau guru yang baik untuk mengajar tentang Islam di rumah. InsyaAllah semoga dengan usaha ini maka kita dapat membentuk generasi yang bukan sahaja baik (soleh) tapi mampu merubah orang lain juga untuk menjadi baik (musleh).

Inilah di antara perkara-perkara yang sama-sama kita boleh lakukan untuk mentarbiyah anak-anak kecil ini. Lebih-lebih lagi dalam dunia serba mencabar. Dunia di mana kanak-kanak mengenali Barnie’s, Teletubbies, Barbie dan Ultraman daripada mengenal Allah. Itu tidak lagi dengan senarai hantu-hantu yang lebih ditakuti daripada takut kepada Allah.

Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat.

Sunday, April 19, 2009

Mengajar Kanak-kanak Tentang Akhlak

Alhamdulillah akhirnya telah sampai di rumah. Sejak semalam saya berada di Melaka. Atas jemputan Sekolah Kebangsaan Ramuan Cina. Saya diminta menyampaikan sebuah tajuk untuk Program Kepimpinan Pengawas sekolah tersebut. Tema yang diberikan kepada saya "Akhlak Mulia Pemimpin Cemerlang". Tajuk yang bukan mudah sebenarnya pada saya.

Untuk berceramah tanpa henti selama 2 jam mungkin salah satu cara memberi kefahaman tetapi kerana mereka masih kanak-kanak jadi daya tahan mereka untuk mendengar ceramah selama itu masih rendah. Selain dari itu saya perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami dan memberi mesej yang jelas tidak samar-samar.



Tiba-tiba saya terfikir satu idea. Apa kata saya mengajar formula asas akhlak baik dan buruk, dan ganjaran orang yang berakhlak baik. Lalu, saya pecahkan mereka kepada kumpulan dan mengagihkan assigment lakonan yang perlu dilakonkan oleh setiap ahli kumpulan. Lalu, bagi selepas setiap assignment saya akan komen dan menceritakan perkara berkaitan akhlak. Kemudia saya menyambung dengan menceritakan syaitan telah berikrar akan menjadikan akhlak mereka rosak dan berbincang akhlak watak2 kartun yang mereka kenali.


Apabila tiba hari program, dengan bantuan bro Zusuf segala dirancang berjalan lancar. Semua peserta memberikan sambutan yang amat baik. Rupanya banyak bakat-bakat terpendam di sekolah ini, walaupun banyak pelakon tidak berbakat tetapi masih bersungguh-sungguh melakonkan watak mereka.

Saya bersyukur kerana respons para peserta dan guru amat positif. Alhamdulillah objektif psaya tercapai. Saya gembira kerana diberi peluang terlibat dalam aktiviti seperti ini. Pendidikan islam kepada kanak-kanak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Kanak-kanak adalah umur yang paling penting untuk diberikan pendidikan aqidah, akhlak dan ibadah. Jika kita dapat memberi kefahaman yang jelas kepada mereka. Dengan kefahaman ini ia akan menjadi bekal di dalam hidup mereka.



Friday, April 17, 2009

JANGAN! Membunuh Kreativiti Kanak2


Apabila kita mengajukan pertanyaan..”siapakah individu yang paling kreatif di dunia ini?” maka jawapan yang paling tepat ialah kanak2..kanak2 merupakan manusia yang paling kreatif..mereka sentiasa memandang dunia ini setiap kali bangun tidur dengan penuh keterujaan..mereka kreatif bagi menjadikan dunia ini tempat yang cukup menyeronakkan hidup mereka..setiap hari ada sahaja aktiviti yang akan mereka melakukan untuk menimbulkan keseronokan..dan kadangkala mereka berseronok dengan cara yang cukup ganjil bagi orang dewasa..


Tetapi kanak2 selalu diganggu olah mereka yang bergelar orang dewasa..apabila kanak2 membuat perkara yang kreatif kadangkala ibu bapa gagal memahami bakat yang dianugerahkan kepada anak mereka..lalu keluarlah perkataan yang merencatkan kreativiti mereka..JANGAN!


JANGAN! perkara yang cukup membunuh kreativiti..banyak orang dewasa atau remaja yang pernah menjadi kanak2 yang kreatif lalu menjadi individu yang tidak mampu lagi ber’kreatif’ kerana kreativiti mereka telah dibunuh dengan perkataan JANGAN!
Apa yang saya maksudkan dengan jangan bukanlah bermaksud membenarkan kanak2 berbuat sesuka hatinya.. macam yang dibuat oleh watak yang dilakonkan oleh Adam Sandler dalam cerita Big Daddy..



Membenarkan sahaja perlakuan kreatif ‘anaknya’ dengan tujuan tidak mahu menyekat kreativiti ‘anaknya’ itu..
Apa yang saya maksudkan ibu bapa perlu memberi peluang mereka berkreatif dalam kehidupan seharian mereka..sama ada bermain, berkomunikasi dan pelbagai perkara yang tidak bertentangan dengan Islam itu sendiri.. Jadi marilah kita menggalakkan pemikiran kreatif kanak2 agar mereka mampu menjadi insan yang kreatif dan inovatif pada masa hadapan.. fikir-fikirkan..

Thursday, April 16, 2009

Dapatkan buku 7 Persoalan Berkenaan Asas2 Agama Kristian

Dapatkan buku yang tidak terdapat di mana2 kedai buku di Malaysia! Buku ini ditulis oleh Bro Lim Jooi Soon dan Bro Amin Yaakob. Bro Lim merupakan bekas penganut kristian sebelum kembali (revert) kepada Islam. Manakala Bro Amin Yaakob pula merupakan seorang pengkaji Agama Kristian hampir 10 tahun.

Buku ini amat membantu mereka yang berminat ingin memahami persoalan-persoalan asa berkenaan Agama Kristian. Dengan gaya bahasa yang mudah buku ini buku ni seharusnya menjadi bacaan wajib mereka-mereka yang berminat dalam dakwah, perbandingan agama dan ingin memahami apakah mesej sebenar yang dibawa oleh Isa a.s yang ada dalam bible itu sendiri.

Antara 7 persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini:

  1. Bagaimana asal-usul perkataan "Kristian"?
  2. Apakah perbezaan fokus antara Islam dan Agama Kristian?
  3. Adakah Jesus seorang Yahudi atau sebahagian dari Bani Israel ataupun kedua-duanya?
  4. Sejarah Hidup Jesus?
  5. Bagaimanakah keadaan pengikut Jesus setelah baginda diangkat ke langit?
  6. Apakah perbezaan utama antara kepercayaan Gereja Katolik dan Gereja Protestant?
  7. Bagaimanakah Asas kepercayaan Kristian?
Dilengkapi noti kaki yang amat membantu. Buku ini seharusnya menjadi bacaan kepada pendakwah dalam menyelamatkan rakan-rakan kristian kita yang terlalu jauh dari Islam.

Harga Buku RM20 sahaja.
Berminat? Hubungi 014 231 1856

MEMBACA MERANSANG MINDA

Membaca dapat menjadikan kita seorang yang pandai berfikir..setiap kali kita membaca sesebuah buku yang bagus..ia akan memberikan prsepsi baru kepada kita tentang kehidupan..tidak sepatutnya daripada kita menjadikan tiada masa sebagai alasan untuk tidak membaca..

Mungkin kita mengatakan kita terlalu sibuk..tiada masa..jadi mengapa kita tidak mengambil dedikit masa untuk duduk sebentar dan mula membaca..bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih terurus..kerana mungkin kita bukan sibuk..tetapi kita sebenarnya gagal mengurus masa dengan baik..lalu kita menganggap itu sebagai sibuk..tapi sebenarnya kita membuang masa dengan STRESS!

Bagi orang yang merasakan dirinya kurang motivasi atau hidupnya kehilangan haluan..maka sepaptutnya mereka duduk sebentar dn membaca..bagaimana hendak membetulkan haluan mereka atau kembali memotivasikan diri mereka..

Apabila kita mula membaca..buka satu ukuran sebenarnya sebanyak mana buku yang kita baca..tetapi yang lebih penting..bagaimana kita menggunakan idea2 dalam buku tersebut untuk diimplimentasi dalam kehidupan kita..

Antara buku yang saya syorkan anda baca ialah buku yang ditulis oleh Samuel A. Cypert yang menulis kembali penulisan W.Clement Stonen yang menambah idea Napolean Hill tentang Bagaimana kita boleh mencapai kejayaan?

Salah satu petikan yang saya sukai dalam buku ini ialah;

Many ‘overnight successes’ have spent years preparing themselves for the oppurtunity that finally affords them the recognition they deserve.

Yang mana kejayaan bukan usaha semalaman sahaja..sebelum mendapat kejayaan pasti ada usaha yang memakan masa, tenaga dan wang ringgit..tetapi apabila kejayaan itu berjaya maka ia satu kepuasan..

Fikir-fikirkan..

Wednesday, April 15, 2009

Hari Yang Menyakitkan… (Catatan 9 Februari 2008)

Hari ini sepatutnya aku memulakan rutin yang memenatkan tetapi mengujakan. Menagajar dr pagi hingga ke malam. Bayangkan kelas aku bermula 9pg-11pg, 12tgh-2.30ptg, 3.30tg-5.30ptg dan 8mlm-10mlm. Namun hari ini berlaku sebaliknya..aku melepak di atas katilku…argh!!! demam selsema la plak..sakitnya badan ditambah dgn hidung berair..lalu hari ini aku mulakan dengan tidur..terjaga..dah pukul 10pg..tido balik..aik dah pukul 12tgh..boringnya..download You Tube tentang drama komedi lama..MIND YOUR LANGUAGE..aku teringat bila terbaca di blog ustaz hasrizal..best gak bila teringat pernah enjoy tengok cerita ni dulu..

Sedang melepak dan nampaknya semakin kebah..tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan mualaf bawah jagaan ku..Ah C..terkejut gak dah lama dia tak hubungi aku..hampir seminggu..lalu aku terus tukar pakaian dan bersiap berjumpa Ah C..lega dah baik sikit..

So, aku terus start motor dan bergerak ke Hidayah centre di wangsa maju berjumpa Ah C..bila sampai rumah x da la plak dia ni..mana la dia p..so aku ambik keputusan round di kawasan tu lalu tengah jalan terjumpa dia memikul satu guni yang aku x pasti apa isinya.

Lalu aku terus ajaknya pergi ke kedai minum berdekatan nak dengar gak apa perkembangan baru hidupnya. Maka dia berceritalah apa yang dia buat sehari dua ni..dia becerita tentang kerjanya. dia katakan kepadaku yang dia kurang selesa dengan kerana dia merasakan bukan dia diberi kerja betul-betul tp cuma meneolong..jika tiada kerja dia akan melepak lalu…zzzzz…

Lalu Ah C kata kat aku kalau dia diberi peluang memulakan perniagaan dia nak sangat meniaga barang makan..aku terfikir ok gak..kebetulan dia tggl dekat dengan sekolah..

Itulah Ah C, seorang mualaf yang aku agak respek..meminta bila perlu dan sanggup bersusah menanggung guni berisi baju bundle utk dijual..

Lalu kami berpisah pada hari ini dengan satu ikrar yang aku akan cuba tolong Ah C bukak perniagaan kecik. walaupun jual air depan sekolah dia sggp.

Tiba-tiba Ah C tanya aku..apa panggilan yang paling sesuai utk dia panggil aku. sebab selama ni dia panggil aku Ah Y je.. Sebab tegeliat gak lah lidah dia bila nak nyebut nama aku..aku kata panggil FEI MAO..macam pernah dengar kan? he..he

4u2pk: mari kita berfikir sejenak adakah kita sanggup memberi sebahagian daripada masa kita untuk membantu mualaf walaupun tidak kira bila atau di mana tempat yang mereka memerlukan kita? Di masa kita sedang berehat adakah kita sggp korbankan kerehatan kita untuk menjadi tempat mereka mengadu nasib dan menumpang kasih (jangan disalah erti tau!). Pengalman mengendalikan mualaf kadang cukup menguji ksabaran dan iman. Namun Alhamdulillah masih diberi kekuatan..

Monday, April 6, 2009

Mengajar Mualaf tentang Solat..

Saya agak kesakitan hampir seminggu.. Penderitaan saya ini kadang-kadang cukup meyiksakan.. Hampir saya give-up nak meneruskan gerak kerja dakwah islam kerana kesakitan ini.. tetapi saya gagahi juga..kata-kata seorang brother sentiasa bermain dalam benak fikiran.. "Sedangkan arwah sheikh Ahmad Yassin dulu seorang yang lumpuh itu bukan alasan dia menggerakkan semangat perjuangan rakyat Palestin"..

Lalu saya gagahi juga walaupun kesakitannya masih terasa.. Ah! lupakan kesakitan ini buat sementara.. Sebentar lagi saya akan mengajar revert, saya namakan sebagai Annan. Annan berumur sekitar 20-an dan telah diperkenalkan oleh Bro Lim melalui seorang kenalannya.. Annan berminat kembali kepada cara hidup fitrahnya, Islam. 

Sepanjang mengendalikan sesi 'Presenting Islam' kepadanya di tempat lepak kami, JJ Kepong saya kadangkala di temani Bro Firdaus, Bro Zusuff dan Bro Azmil.. Alhamdulillah pada 2008 setelah beberapa sesi 'Presenting Islam' akhirnya Annan bersetuju melafazkan Syahadah dan mula berjinak-jinak dengan cara hidup Islam.

Pada hari ini saya mengajar Annan tentang Solat. Saya mulakan perbincangan dengan kembali mengulangkaji tentang rukun iman dan islam.. Alhamdulillah banyak yang telah difahami.. Sekurang-kurangnya perkara-perkara asas tentang aqidah telah diketahui.. Yang penting ia mesti berlandaskan dalil dan menggunakan aqal dalam lingkungan Al-Qur'an dan As-Sunnah tanpa sangkaan semata-mata.. 

Jika aqidah kita dapat mantapkan mudah untung mengajarnya lebih lagi tentang ibadah dan cara hidup Islam.. Setelah selesai sesi Re-Cap (ingat semula) saya menerangkan teori solat kepada Annan. Bermula dari bersuci, niat sehinggalah memberi salam. Lalu saya terangkan waktu-waktu solat.. 

Oleh kerana ingin memudahkan Annan.. Segala bacaan dalam solat dikemudiankan dahulu dan saya lebih banyak fokus kepada bacaan Tasbih.. Sebagai orang yang ingin mengendalikan Revert bukan mudah untuk mereka menghafal ayat-ayat yang banyak dalam bahasa Arab.. Jadi kita perlu mula mengajar bacaan-bacaan yang mudah terlebih dahulu.. dan sedikit-sedikit kita minta dia menghafal.. 

Ingat kita jangan menyusahkan mereka pada awal-awal ini.. Adakah pada masa kecil oleh kerana anda tidak menghafal bacaan dalam solat maka guru, ibu bapa atau abang kakak anda melarang anda bersolat sudah tentu tidak! Jadi kita perlu cuba memahami mereka..

Setelah selesai menerangkan teori, lalu saya bawa Annan ke surau yang terdapat d JJ untuk menunjukkan praktikal Wudu' dan Solat.. ALhamdulillah sungguh mudah Annan mengikuti apa yang diajaar dan dapat menerangkannya semula kepada saya.. 

Timbul satu masalah, Annan tahu sebagai seorang Muslim solat adalah wajib ke atasnya tetapi bagaimana dia hendak solat di rumah.. ini kerana Annan masuk Islam tanpa pengetahuan keluarganya.. Lalu saya mengajar apa yang boleh dibuat olehnya.. Saya cukup gembira walaupun baru bergelar sebagai seorang Muslim dia telah mula ingin mengamalkan cara hidup Islam walaupun dia terpaksa mengamalkannya secara rahsia..

Selepas itu, kami lepak di food court sambil berbual mengenai perkara-perkara peribadi yang tidak dapat saya nyatakan dalam tulisan ini..

ALhamdulillah apa yang dirancang.. berjalan dengan baik.. saya doakan semoga Annan bukan sahaja akan menjadi Muslim yang baik tetapi akan menjadi Pendakwah sekurang-kurangnya kepada kaum keluarganya dan komuniti India yang Belum Lagi Muslim..

Semoga tulisan ini ada manfaatnya bagi mereka yang membaca..

Bro Yusry
JJ AU2 Hulu Kelang