Thursday, August 27, 2009

Menjadi Pendengar Setia...


Saya dihubungi oleh seorang mualaf berkaitan soal percintaannya.. bila membantu mualaf.. lebih-lebih lagi menjadi orang yang dipercayainya.. kita perlu bersedia menjadi pendengar yang setia.. tahu memberi pendapat.. dan jangan terlalu banyak bercakap dan memberi jalan penyelesaian.. kadang-kadang manusia inginkan tempat meluahkan isi hati.. dan jangan terkejut di akhir perbualan.. mereka menyelesaikan sendiri masalah..

Kepada anda yang membantu mualaf, saya ucapkan tahniah kerana menjadikan diri anda bermanfaat untuk orang lain.. ingatlah jika anda menanamkan walaupun sedikit kebaikan kepada mereka lalu mereka berterusan dalam melakukan kebaikan tersebut.. Allah tidak akan mengurangi walaupun sedikit pahala hasil dari amal kebaikan kalian :-D

Bro Yusry
Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment