Thursday, August 13, 2009

MBS KL madrasah tarbiyah dakwahku...


Tingkatan 1T





Logo Sekolah


Sudah hampir 9 tahun saya meninggalkan alam sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist banyak mengajar saya betapa pentingnya melakukan usaha dakwah. Sekolah ini boleh dianggapkan sebagai Madrasah Tarbiyah Dakwah saya. Saya belajar tentang bagaimana bergaul dengan non-muslim dan belajar menjadi minoriti di dalam kelas saya sendiri. Belajar di dalam antara kelas yang atas menyaksikan hanya sedikit muslim yang berjaya melepasi kalangan 70 pelajar yang terbaik. Yang mana muslim pula menjadi penyokong setia kelas-kelas di belakang, bukan kerana mereka tidak bijak tetapi kerana sikap 'malas' yang kadang-kadang mengheret mereka ke kelas belakang.

Di sekolah ini lah saya diberikan peluang untuk berdakwah, untuk memimpin pelajar muslim dan di sekolah ini jugalah saya belajar menghadapi serangan bertubi-tubi rakan non-muslim kepada Islam. Saya mungkin pernah menyalahkan mereka yang nampaknya tidak mahu memahami Islam. Tetapi, saya baru sedari mereka salah, dalam memahami Islam.

Sekolah ini mengajar saya kerendahan diri, saya bukan dari kalangan mereka yang bersekolah agama, menyebabkan apabila berpeluang berjumpa dengan mereka yang bersekolah agama saya berasa terlalu rendah diri. Saya rasakan mereka yang bersekolah agama inilah yang akan menjadi pemimpin dalam usaha dakwah yang mana saya akan mengikuti dakwah mereka dengan penuh minat.

MBS banyak menyediakan saya untuk belajar menjadi pendakwah. Cara tarbiyah yang cukup unik dengan cara yang tersendiri. Menjadikan saya tidak bermasalah dalam menjalinkan hubungan dengan non-muslim.

Doakan saya semoga akan berjaya menjadi pendakwah yang ikhlas di jalan perjuangan ini. Saya selalu teringat rakan-rakan non-muslim saya yang belum lagi saya dakwahkan kepada Lailahaillallah, Muhammad RasuluLlah. Semoga saya akan mengusahakan sesuatu untuk berdakwah kepada mereka ke arah Deen yang diredhai ini.

MBS KL dalam kenangan...
Go Forward MBS!

No comments:

Post a Comment