Wednesday, July 8, 2009

Amanah Yang Cukup Berat...



2 minggu lalu cukup menyesakkan. Kadang-kadang hati ini terfikir adakah layak memegang amanah yang begini besar dalam usia semuda ini. Namun, oleh kerana dipilih oleh sekumpulan manusia yang dipercayai, maka amanah ini akan digalas. Semoga kesinambungan gerak kerja amal islami dalam meriuhkan lagi usaha dakwah non-muslim di bumi Malaysia yang tercinta akan menjadi kenyataan. Perkim Ampang, ini adalah merupakan wadah saya dalam menyumbang ke arah dakwah kepada non-muslim. DiPengerusikan oleh Bro Zusuff manakala saya dilantik sebagai timbalannya dan dibantu oleh committee serta Strategic Advisor kami Bro Firdaus Meow, semoga kami akan dapat memikul amanah ini dengan sebaik mungkin.

Keunikan Perkim Ampang adalah ia antara Perkim Cawangan yang ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda dan mereka yang berhati muda. Tidak lain dan tidak bukan, semoga dengan kehadiran kami dapat merancakkan lagi usaha dakwah di Kuala Lumpur dan Selangor khususnya, Malaysia umumnya. Semoga kami sentiasa memikul amanah ini dengan sedar dan penuh rasa tunduk kepada Allah. Dijauhi dari sifat riya' dan sum'ah. InsyaAllah..

Bro Zusuff, segala tepukanku untuk membantu dalam kepimpinanmu :-)


1 comment:

  1. Salam Yusry, Nta kene bersyukur sbb Allah buka peluang untuk nta gunakan sepenuhnya segala kelebihan diri nta. Slalulah ingt, anggota2 yg nta gerakkan dan termasuk lidah yg nta gunakan untuk menyampaikan Islam akan menjadi saksi di akhirat nanti atas ketaatan dan pengorbanan nta dalam perjuangan nta utk Islam. Sahabat nta kat sini sntiasa mendoakan kekuatan nta, zusuff, n seme2 semoga istiqamah hingga akhir nyawa...amiin =)

    ReplyDelete