Friday, April 24, 2009

Secebis Kisah Buat Renungan...



Jam menunjukkan jam 2.30 petang. Saya dikejutkan dengan satu panggilan daripada saudara Kevin (bukan nama sebenar). Saudara Kevin memberitahu saya bahawa ibunya hendak bercakap dengan saya. Lalu perbualan antara kami bermula;

Ibu Kevin: Ini Yusry.
Yusry: Ye aunty. Saya Yusry bercakap.
Ibu Kevin: Saya dapat tahu anak saya masuk Islam. Awak tahu tak. Ayah dia ugut nak bunuh diri.
Yusry: Kenapa aunty?
Ibu Kevin: Bila masuk Islam. Dia kena jadi Melayu. Tukar nama. Bin Abdullah. Tak mengaku lagi ayahnya sendiri. Banyak kawan saya bagitau bila Cina masuk melayu. Selalu ada masalah dan akhirnya menyesal.
Yusry: Itu tak betul aunty...
Ibu Kevin: Awak tau tak bila kevin masuk Islam kami macam dah hilang anak. Kamu tahu tak pentingnya nama cina dikekalkan bagi orang cina.

Perbualan terputus apabila Kevin mengambil telefon daripada ibunya.

Kevin: Saya minta maaf. Ibu saya Hipertension..terkejut..
Yusry: Tidak apa Kelvin. Mungkin nanti saya boleh berjumpa dengan ibu awak untuk terangkan.

Begitulah di antara perbualan penulis bersama seorang ibu yang terkejut dengan keputusan anaknya memeluk Islam. Jika merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan oleh ibu berkenaan. Maka kita akan lihat sebenarnya persoalan tersebut lebih merupakan perkara budaya yang mana jika perkara-perkara tersebut masih dikekalkan maka Kevin masih bergelar seorang Muslim.

Perbincangan mengenai penggunaan perkataan Allah oleh Kristian sungguh hangat diperbincangkan.. Ada yang melihat dari sudut positif dan ada yang melihat dari sudut negatif. Namun hujah yang cenderung kepada tidak membenarkan saya dapati masih lemah.

Saya melihat penggunaan nama Allah oleh Kristian memberi peluang dakwah yang cukup luas..bersetuju dengan Bro Zusuf dalam isu ini.

"Manakala pandangan yang tidak popular saya dapati daripada perbincangan bersama mereka yang aktif dan berpengalaman luas dalam dakwah terhadap golongan bukan Islam serta menangani kes-kes murtad. Bagi mereka tuntutan ini sebenarnya mendatangkan 'advantage' kepada dakwah terhadap bukan muslim dan merupakan 'disadvantage' terhadap kristian. Ini juga memberikan peluang bagi umat Islam untuk 'turn the tables'.

Mereka yang menggunakan perkataan 'Allah' sebenarnya lebih mendekati Allah, bukan menjauhi Allah. Dengan lain perkataan mereka lebih mendekati maksud perkataan 'Allah' yang sebenarnya. Dakwaan yang mengatakan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dapat mengelirukan umat Islam juga tidak dapat diterima. Dengan mengaku mereka beriman kepada Allah sahaja tidak dapat mengelirukan umat Islam. Kerana selama ini mereka juga mengaku mempercayai Isa (as), Musa (as), Adam (as) dan sebagainya. Tetapi ini tidak mendatangkan kekeliruan ke atas umat Islam."

Petikan Tulisan Bro Zusuf dalam Yahoo Groups Abu Meow.


Isu yang ingin ditimbulkan di sini ialah, dalam keghairahan kita mempertahankan dari perkataan Allah digunakan oleh Kristian maka apa kata kita turut ghairah juga untuk menerangkan kepada Kristian, siapakah Allah yang sebenarnya melalui usaha dakwah kita.

Menghalang mereka dari menggunakan nama Allah tidak akan menyebabkan mereka semakin dekat untuk mengenali Tuhan yang sebenar malah tiada kerugian langsung bagi pihak mereka.
Tetapi jika membenarkan mereka menggunakan perkataan Allah dan ditambah dengan usaha keras kita untuk berdakwah kepada mereka kepada Allah, maka hasilnya akan jelas kelihatan.

Wahai saudaraku seaqidah..marilah kita turun membuat tugasan yang diwajibkan kepada kita untuk membawa orang lebih mengenali Islam dan Tiada tuhan selain Allah.. Dari kita berbahas benda yang pada saya bersifat teknikal.

Terima kasih kerana meluangkan diri membaca tulisan ini. Tentu anda tertanya2 mengenai Ibu Kevin. Alhamdulillah saya bersama Bro Zusuf sebenarnya baru sahaja berjumpa dengan Ibu Kevin pada jam 9 malam tadi dan akhirnya beliau faham apakah perkara yang sebenarnya di ajar oleh Islam tentang budaya. Terima kasih kepada Bro Zusuf yang banyak membantu dengan kemahirannya berbahasa Kantonis dan Human Touch nya yang cukup dasat..

Bro Yusry
AU3, Keramat
Jom Wat Dakwah!

1 comment: