Monday, April 6, 2009

Mengajar Mualaf tentang Solat..

Saya agak kesakitan hampir seminggu.. Penderitaan saya ini kadang-kadang cukup meyiksakan.. Hampir saya give-up nak meneruskan gerak kerja dakwah islam kerana kesakitan ini.. tetapi saya gagahi juga..kata-kata seorang brother sentiasa bermain dalam benak fikiran.. "Sedangkan arwah sheikh Ahmad Yassin dulu seorang yang lumpuh itu bukan alasan dia menggerakkan semangat perjuangan rakyat Palestin"..

Lalu saya gagahi juga walaupun kesakitannya masih terasa.. Ah! lupakan kesakitan ini buat sementara.. Sebentar lagi saya akan mengajar revert, saya namakan sebagai Annan. Annan berumur sekitar 20-an dan telah diperkenalkan oleh Bro Lim melalui seorang kenalannya.. Annan berminat kembali kepada cara hidup fitrahnya, Islam. 

Sepanjang mengendalikan sesi 'Presenting Islam' kepadanya di tempat lepak kami, JJ Kepong saya kadangkala di temani Bro Firdaus, Bro Zusuff dan Bro Azmil.. Alhamdulillah pada 2008 setelah beberapa sesi 'Presenting Islam' akhirnya Annan bersetuju melafazkan Syahadah dan mula berjinak-jinak dengan cara hidup Islam.

Pada hari ini saya mengajar Annan tentang Solat. Saya mulakan perbincangan dengan kembali mengulangkaji tentang rukun iman dan islam.. Alhamdulillah banyak yang telah difahami.. Sekurang-kurangnya perkara-perkara asas tentang aqidah telah diketahui.. Yang penting ia mesti berlandaskan dalil dan menggunakan aqal dalam lingkungan Al-Qur'an dan As-Sunnah tanpa sangkaan semata-mata.. 

Jika aqidah kita dapat mantapkan mudah untung mengajarnya lebih lagi tentang ibadah dan cara hidup Islam.. Setelah selesai sesi Re-Cap (ingat semula) saya menerangkan teori solat kepada Annan. Bermula dari bersuci, niat sehinggalah memberi salam. Lalu saya terangkan waktu-waktu solat.. 

Oleh kerana ingin memudahkan Annan.. Segala bacaan dalam solat dikemudiankan dahulu dan saya lebih banyak fokus kepada bacaan Tasbih.. Sebagai orang yang ingin mengendalikan Revert bukan mudah untuk mereka menghafal ayat-ayat yang banyak dalam bahasa Arab.. Jadi kita perlu mula mengajar bacaan-bacaan yang mudah terlebih dahulu.. dan sedikit-sedikit kita minta dia menghafal.. 

Ingat kita jangan menyusahkan mereka pada awal-awal ini.. Adakah pada masa kecil oleh kerana anda tidak menghafal bacaan dalam solat maka guru, ibu bapa atau abang kakak anda melarang anda bersolat sudah tentu tidak! Jadi kita perlu cuba memahami mereka..

Setelah selesai menerangkan teori, lalu saya bawa Annan ke surau yang terdapat d JJ untuk menunjukkan praktikal Wudu' dan Solat.. ALhamdulillah sungguh mudah Annan mengikuti apa yang diajaar dan dapat menerangkannya semula kepada saya.. 

Timbul satu masalah, Annan tahu sebagai seorang Muslim solat adalah wajib ke atasnya tetapi bagaimana dia hendak solat di rumah.. ini kerana Annan masuk Islam tanpa pengetahuan keluarganya.. Lalu saya mengajar apa yang boleh dibuat olehnya.. Saya cukup gembira walaupun baru bergelar sebagai seorang Muslim dia telah mula ingin mengamalkan cara hidup Islam walaupun dia terpaksa mengamalkannya secara rahsia..

Selepas itu, kami lepak di food court sambil berbual mengenai perkara-perkara peribadi yang tidak dapat saya nyatakan dalam tulisan ini..

ALhamdulillah apa yang dirancang.. berjalan dengan baik.. saya doakan semoga Annan bukan sahaja akan menjadi Muslim yang baik tetapi akan menjadi Pendakwah sekurang-kurangnya kepada kaum keluarganya dan komuniti India yang Belum Lagi Muslim..

Semoga tulisan ini ada manfaatnya bagi mereka yang membaca..

Bro Yusry
JJ AU2 Hulu Kelang




No comments:

Post a Comment