Sunday, April 19, 2009

Mengajar Kanak-kanak Tentang Akhlak

Alhamdulillah akhirnya telah sampai di rumah. Sejak semalam saya berada di Melaka. Atas jemputan Sekolah Kebangsaan Ramuan Cina. Saya diminta menyampaikan sebuah tajuk untuk Program Kepimpinan Pengawas sekolah tersebut. Tema yang diberikan kepada saya "Akhlak Mulia Pemimpin Cemerlang". Tajuk yang bukan mudah sebenarnya pada saya.

Untuk berceramah tanpa henti selama 2 jam mungkin salah satu cara memberi kefahaman tetapi kerana mereka masih kanak-kanak jadi daya tahan mereka untuk mendengar ceramah selama itu masih rendah. Selain dari itu saya perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami dan memberi mesej yang jelas tidak samar-samar.



Tiba-tiba saya terfikir satu idea. Apa kata saya mengajar formula asas akhlak baik dan buruk, dan ganjaran orang yang berakhlak baik. Lalu, saya pecahkan mereka kepada kumpulan dan mengagihkan assigment lakonan yang perlu dilakonkan oleh setiap ahli kumpulan. Lalu, bagi selepas setiap assignment saya akan komen dan menceritakan perkara berkaitan akhlak. Kemudia saya menyambung dengan menceritakan syaitan telah berikrar akan menjadikan akhlak mereka rosak dan berbincang akhlak watak2 kartun yang mereka kenali.


Apabila tiba hari program, dengan bantuan bro Zusuf segala dirancang berjalan lancar. Semua peserta memberikan sambutan yang amat baik. Rupanya banyak bakat-bakat terpendam di sekolah ini, walaupun banyak pelakon tidak berbakat tetapi masih bersungguh-sungguh melakonkan watak mereka.

Saya bersyukur kerana respons para peserta dan guru amat positif. Alhamdulillah objektif psaya tercapai. Saya gembira kerana diberi peluang terlibat dalam aktiviti seperti ini. Pendidikan islam kepada kanak-kanak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Kanak-kanak adalah umur yang paling penting untuk diberikan pendidikan aqidah, akhlak dan ibadah. Jika kita dapat memberi kefahaman yang jelas kepada mereka. Dengan kefahaman ini ia akan menjadi bekal di dalam hidup mereka.



2 comments: