Friday, April 24, 2009

Mengajar Bahasa Melayu Menggunakan YouTube... (Catatan Pengalaman 16 Februari 2008)

Hari ni hari yang cukup memenatkan tapi cukup mengujakan..hari ni aku marathon mengajar 4 group dari pagi ke petang.. Di sebelah pagi aku mengajar 3 beradik ni. Darjah 2, 4 dan 5. Hari ni aku mulakan pengajaran aku unik sikit daripada biasa..Aku gunakan YouTube kat bawah ni untuk ajar Bahasa Melayu..

Aku minta diorang tengok dulu YouTube dan lepas tu diorang akan diberi masa lima minit untuk bercerita kisah yang ditunjukkan dalam You Tube tersebut..Mula2 diorang agak malu2..biasalah budak2..tp ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini cukup menarik!

Alhamdulillah..banyak juga mereka dah boleh berkongsi dengan aku..kalau sebelum ni si kakak kurang minat dengan tuition aku..tapi nampaknya dia dah mula enjoy belajar dengan aku.. bukan senang nak membiasakan diri..tapi itulah bila mereka mula mengenali kita..sedikit demi sedikit mereka akan mula rapat dengan mereka..Kanak2 perlukan seseorang yang boleh mereka luahkan idea atau perasaan mereka..jika kena caranya kita akan dianggap sebagai kawan dan ia amat membantu dalam memotivasikan mereka..ini kerana elemen kepercayaan telah wujud..

3beradik4.jpg

Ni lah gambar 3 beradik tu..

So..pastu aku balik rumah jap..tido sebentar dan mengajar anak Kak Pidah..Ibu tunggal yang mempunyai 3 anak yang masih kecil..aku mengajar dua orang anaknya..seorang Darjah 3 dan sorang lagi darjah 1. Yang Darjah 3 Kamarul, yang darjah 1 tu pula Solehah..Solehah adalah cabaran yang besar dalam sejarah aku sebagai Guru Tuition.. Walaupun Solehah Darjah 1 tapi dia ada masalah untuk membaca..So, kerja aku sepanjang waktu tuition mengajar Solehah membaca..walaupun kadang aku jadi kurang sabar kerana ’slow’nya si Solehah ni..tapi hari ni aku dapat berita yang cukup menggembirakan..Solehah dapat masuk kelas ke dua atas kerana dia dah boleh membaca lebih baik..alhamdulillah..usaha yang mula membenihkan hasil..namun perjalanan masih jauh..untuk menjadikan Solehah pelajar yang cemerlang dan memperkembangkan bakatnya yang nampak menonjolkan dalam bidang seni..

Lepas habis mengajar..aku melepak jap di Delifrance kat Petronas Hulu Kelang..tengok Video Stephen Chow..sambil tu update jadul hari ni..

Mengajar lagi!!!

So, aku meneruskan mengajar di Kondo di Ampang..mengajar 4 orang pelajar.. Hari ni aku menjawab soalan cepumas yang ditanya oleh salah seorang muridku ini yang baru Darjah 2..Macam mana baby keluar dari perut? So, aku tunjukkan satu animasi yang menunjukkan bagaimana bayi keluar dari perut..jangan risau..bahan ni bukan lucah..x percaya tengok YouTube bawah ni..

so..barulah diorang faham..banyak lagi soalan cepumas lepas aku tunjuk video ni..tapi aku kan share pada masa-masa akan datang..

2 comments:

  1. Tahniah! Awak adalah cikgu creative yang mencipta suasana pembelajaran lain dari biasa. Kanak2 pulak mmg sukakan kartun, jadi cara pengajaran awak tu mmg sesuai dgn jiwa mereka.

    **nak jadi anak murid awk jugak, bole? huhu..

    ReplyDelete
  2. menarik sungguh persembahan video itu..
    terima kasih kerana menunjukkannya...
    (tak terfikir ada video se'kreatif' itu..

    salam

    ReplyDelete