Friday, March 27, 2009

Kehidupan Kita Adalah Cabaran!

Sembah Allah, ikut segala perintah Allah, dan sampaikan mesej kepada mereka yang masih tidak tahu dan tidak beriman, kita akan diberikan ganjaran oleh Allah pada kehidupan yang abadi. Ok tak agak-agaknya perjanjian ni??? (Al-Qur’an, 16:90-93)

Tetapi macam mana pulak ye bagi orang yang menafikan Allah, hidup berdasarkan hawa nafsu, yang dia buat hanya nak penuhkan keinginan hawa nafsunya? (AQ, 20:115) Hidup seperti dia tidak akan mati-mati; apabila berjumpa si papa kedana, bukannya hendak ditolong, mereka melihat dengan ekor mata sambil berbuat dono je. Ada sesetengahnya pula merosakkan diri dengan dadah, arak dan bermacam-macam lagi yang merosakkan. Ada juga yang menghabiskan duit mereka pada hiburan yang tidak berfaedah dan melayan manusia yang lain seperti barang mainan yang bebas mereka lakukan apa sahaja. (AQ, 68:44-45) Adakah mereka boleh juga menerima ganjaran? (AQ, 16:61)

Sudah tentu ia tidak adil! Yang mana Allah telah mengatakan adakah sama antara orang yang berbuat kebajika dengan mereka yang berbuat perkara yang salah? (AQ, 16:22-25, 32:18, 40:58 atau 41:34)

Maka, di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa hidup kita ini adalah ujian. (AQ, 21:35, 29:2)  Allah tahu kemampuan diri kita, Allah mengetahui masa depan dan masa lepas. (AQ, 23:62-63) Tetapi bagi kita manusia, kita melalui hidup seperti seorang yang mengikuti peperiksaan akhir tahun. (AQ,10:98-101) Malahan, syaitan tidak mampu merosakkan kita. Kerana kita yang memilihnya sendiri. (AQ, 34:21). 

Peringatan buat diriku yang leka...

No comments:

Post a Comment